MBJ dan Isteri Sampaikan Sumbangan di Dun Benut

Hasni Mohammad melawat serta menyampaikan bantuan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (JUITA) kepada warga emas yang memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, di sini, semalam – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

PONTIAN, 7 Ogos: Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad bersama isteri YAD Datin Fazlina Omar yang juga Yang Dipertua Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (JUITA) menyampaikan bantuan di Pusat Khidmat Adun N53 Benut, di sini, semalam.

Pelbagai sumbangan disalurkan kepada penerima yang terdiri daripada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut melalui beberapa badan bukan kerajaan (NGO) terpilih sebagai wakil Pusat Khidmat ADUN Benut.

Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan kredit pra-bayar pakej internet untuk PdpR dari Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut kepada wakil daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita Makmur Pontian di sini, semalam. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

Antara sumbangan yang disalurkan ialah bantuan kredit pra bayar internet kepada pelajar sempena Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), bantuan barang keperluan bayi dan kanak-kanak selain bantuan peranti tablet kepada pelajar yang terpilih di setiap sekolah di DUN Benut.

Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Izzah Aqilah Omar, 18, di Pusat Khidmat Adun N53 Benut, di sini, semalam. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Hasni Mohammad (tiga dari kiri) bersama isteri YAD Datin Fazlina Omar (kanan) melawat serta menyampaikan bantuan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (JUITA) kepada warga emas yang memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, di sini, semalam. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM
YAD, Datin Fazlina Omar melawat salah seorang penerima, Girah Daud yang berusia 77 tahun, serta menyampaikan bantuan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (JUITA) kepada warga emas yang memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, di sini, semalam. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

Terdahulu, YAB Menteri Besar turut berkesempatan menyampaikan bantuan kepada warga emas yang memerlukan di kawasan DUN Benut, di sini.

Bantuan berupa barangan keperluan seperti lampin pakai buang, susu, barangan dapur dan wang tunai itu bagi meringankan beban golongan warga emas ketika pandemik COVID-19.

Para penerima terdiri daripada warga emas yang terlantar dan tidak mampu menguruskan diri.

Anak kepada salah seorang penerima, Tumisah Ali, 70, berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan menjaga ibunya, Suminah Roslan yang berusia 98 tahun.

“Alhamdulillah, sumbangan ini dapat membantu kami. Memandangkan ibu terlantar, barangan seperti lampin dewasa dan susu ini menjadi barangan keperluan.

“Syukur dengan bantuan ini,” katanya.

Sementara itu, cucu Girah Daud yang berusia 77 tahun, Nur Amanina Mohd. Suraini berterima kasih kepada JUITA atas sumbangan barang keperluan itu.

“Rasa teruja dengan kehadiran YAD Datin sendiri yang sudi datang untuk menyampaikan bantuan kepada kami,” katanya. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *