MBJ Sampaikan Baucar KFC RM2 Juta Kepada Yayasan JCORP

Hasni Mohammad menyerahkan replika cek bantuan sumbangan baucar makanan KFC untuk mahasiswa, anak yatim piatu dan warga emas bernilai RM2 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 kepada Pengerusi Besar Yayasan Johor Corporation, Noor Ruzilawati Ruddin di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat, semalam. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

SEGAMAT, 2 Ogos: Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menyampaikan baucar makanan KFC sebanyak RM2 juta kepada Pengurus Besar Yayasan Johor Corporation (JCorp), Noor Ruzilawati Ruddin, semalam.

Baucar itu merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan YAB Menteri Besar baru-baru ini.

Penyerahan baucar berkenaan yang bertujuan membantu golongan mahasiswa, anak yatim piatu dan warga emas berlangsung di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, YB Zaiton Ismail; Pegawai Daerah Segamat, Nasri Md. Ali dan Pengarah JKM Johor, Mohamad Hapil.

Hasni Mohammad menyampaikan baucar KFC kepada pengerusi Persatuan Kebajikan Orang Istimewa Segamat, Seah Kian Aik di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat, semalam. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

Turut diadakan ialah penyampaian baucar kepada salah satu kumpulan penerima iaitu daripada Persatuan Kebajikan Orang Istimewa Segamat yang diwakili Pengerusinya, Seah Kian Aik.

Sementara itu, Kian Aik merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas sumbangan baucar makanan tersebut.

”Persatuan ini menjaga lebih 12 anak yatim di daerah ini. Baucar ini sememangnya mampu memberi keceriaan kepada mereka. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor, khususnya YAB Menteri Besar Johor,” katanya. – Makmur Johor.

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *