Imam, Bilal, Noja Syukur Terima Bantuan RM500

Penerima bergambar bersama replika cek bantuan one-off RM500 kepada Imam, Bilal dan Noja di Masjid Masjid Parit Kadzi, Jalan Temenggung, di sini, semalam.

TANGKAK, 18 Julai: Imam, bilal dan noja di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersyukur dengan pemberian bantuan ‘one-off’ sebanyak RM500 oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Pakej Rangsangan Eknomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.

Imam 1 Masjid Parit Kadzi, Mohammad Mahir Omar mengakui mereka turut tidak terlepas menerima tempias akibat pandemik itu yang melanda negara sejak tahun lalu.

“Sebelum ini, sebagai imam beberapa kerja sampingan dapat dilakukan. Namun, kini pergerakan kami turut sama terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dilaksanakan.

“PKP ini juga menyebabkan kelas dan forum terpaksa dibatalkan. Bantuan ini sedikit sebanyak membantu kami meringankan beban kewangan sepanjang tempoh pandemik ini,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menyampaikan bantuan ‘one-off’ RM500 kepada imam, bilal dan noja di Masjid Masjid Parit Kadzi, Jalan Temenggung, di sini semalam.

Hasni Mohammad beramah mesra bersama penerima-penerima bantuan one-off RM500 kepada Imam, Bilal dan Noja di Masjid Masjid Parit Kadzi, Jalan Temenggung, di sini, semalam.

YAB Menteri Besar turut menyaksikan penyampaian replika cek bantuan ‘one-off’ RM500 kepada imam, bilal dan noja yang diumumkan beliau menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0, bulan lalu.

Replika cek disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi kepada Pengarah JAINJ, Dato’ Haji Md. Rofiki Dato’ Haji A. Shamsudin.

Dalam pada itu, Imam 2 Masjid Parit Kadzi, Zaini Abu turut menzahirkan penghargaam kepada Kerajaan Negeri Johor kerana prihatin dengan keadaan mereka dan memberikan bantuan ‘one off’ berkenaan.

“Bantuan yang diterima ini benar-benar membantu kami. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor yang tidak melupakan golongan seperti kami,” katanya. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *