MBJ Lawat PPV Tangkak

Hasni Mohammad melawat ke Pusat Pemberian Vaksin Program Imunisasi Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta Peringkat Daerah Tangkak di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Tangkak.

TANGKAK, 17 Julai: Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad melawat Pusat Pemberian Vaksin  (PPV) Tangkak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Ledang, di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau turut diberi taklimat oleh Pegawai Kesihatan Daerah Tangkak, Dr. Rosila Yahya berkenaan status pemberian vaksin di daerah Tangkak.

PPV Tangkak adalah berstatus PPV IPT (Integrasi), iaitu kerjasama antara pihak awam dan swasta termasuk Kerajaan Negeri Johor, Pejabat Daerah Tangkak, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) serta QueueMed & ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

Sekitar kawasan Pusat Pemberian Vaksin Program Imunisasi Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta Peringkat Daerah Tangkak di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Tangkak.

Mula beroperasi 15 Julai lalu, PPV Tangkak ialah PPV ketiga di daerah ini selain PPV Dewan Jubli Intan Tangkak dan PPV Dewan Muafakat Johor, Gambir.

PPV Tangkak mempunyai kapasiti sehingga 2,000 orang sehari, sekali gus dapat meningkatkan kecekapan proses vaksinasi di daerah ini.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah  Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd. Solihan Badri; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor,  YB Dr. Chong Fat Full; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd. Noh Ibrahim dan
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *