Dua Masjid Di Serom Terima Van Jenazah

Hasni Mohammad menyaksikan penyerahan replika kunci van jenazah daripada Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holding YB Dato’ Haji Amran A Rahman kepada wakil dari Masjid Al-Hidayah, Pantai Layang di Pejabat Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, di sini hari ini.

TANGKAK, 17 Julai: Hasrat pengurusan dua buah masjid di daerah ini untuk memiliki van jenazah dipenuhi apabila menerima sumbangan kenderaan tersebut daripada YPJ Holding Sdn. Bhd., hari ini.

Lebih bermakna dua kenderaan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad di Pejabat Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, di sini.

Imam Masjid Jamek At Taqwa Batu Lima, Tanjung Gading Barat, Haji Abdul Rahman Abdul Karim berkata, pengurusan masjid amat berterima kasih dengan sumbangan yang diterima.

“Sebelum ini, masjid terpaksa meminjam van jenazah dari masjid berdekatan. Keadaan ini sedikit menyukarkan ahli jawatankuasa (AJK) untuk menguruskan jenazah.

“Walau bagaimanapun, dengan adanya van ini, ia sangat membantu kami dan memudahkan urusan ahli kariah,” katanya ketika ditemui selepas Penyerahan Kunci Van Jenazah tersebut.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holding YB Dato’ Haji Amran A Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DUN Serom, Datuk Haji Rahim Talib dan Pegawai Daerah Muar, Haji Mustaffa Kamal Dato’ Haji Shamsuddin.

Hasni Mohammad menyaksikam penyerahan replika kunci van jenazah daripada Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holding YB Dato’ Haji Amran A Rahman kepada wakil dari Masjid At-Taqwa Batu Lima, Tanjung Gading Barat di Pejabat Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, di sini hari ini.

YAB Menteri Besar turut menyampaikan set sanitasi kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) orang muda dan penyerahan bakul makanan kepada lima penerima yang tinggal di sekitar Sungai Mati.

Wakil Masjid Kampung Layang, Rosly Talib turut mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor dan YPJ Holding Sdn. Bhd., atas sumbangan kenderaan berkenaan.

“Sememangnya kenderaan ini memberi makna besar kepada seluruh warga kariah di sekitar Masjid Kampung Layang,” katanya. – Makmur Johor.

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *