MBJ Tinjau Pelaksanaan Program Gobok Rakyat Johor

Hasni Mohammad membantu salah seorang penerima mengambil keperluan asas yang diberikan Kerajaan Negeri Johor menerusi program Gobok Rakyat Johor di salah satu lokasi inisiatif itu di Pejabat Penghulu Mukim Jelutong, Gelang Patah. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

JOHOR BAHRU, 11 Julai: Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad meninjau pelaksanaan Program Gobok Rakyat Johor yang dijalankan di Pejabat Penghulu Mukim Jelutong, Gelang Patah hari ini.

Tinjauan ringkas itu bertujuan melihat operasi pengagihan bekalan makanan dan barangan keperluan kepada golongan asnaf, fakir, B40 dan M40 di kawasan tersebut.

YAB Menteri Besar turut menyampaikan bantuan selain bertanya khabar kepada para penerima mengenai situasi semasa yang kini berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Antara makanan dan barangan keperluan yang disediakan pada Program Gobok Rakyat Johor di salah satu lokasi inisiatif itu di Pejabat Penghulu Mukim Jelutong, Gelang Patah. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Program Gobok Rakyat Johor merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan YAB Menteri Besar pada bulan lalu.

Rakyat yang terkesan boleh mengambil makanan atau barangan keperluan yang disediakan di pusat-pusat pengagihan yang disediakan mengikut daerah masing-masing.

Program Gobok Rakyat Johor dibuka mulai hari ini hingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Waktu operasi bermula dari 8.30 pagi hingga 5 petang dan dibuka pada setiap hari. –  Makmur Johor.

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *