MBJ Sampaikan Sumbangan RM500 Kepada Peserta E-Kasih

Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 kepada Vuraya A/L Vadiveloo, 63, di Taman Kota Puteri, Pasir Gudang, di sini, semalam. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

JOHOR BAHRU, 10 Julai: Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 kepada penerima yang tersenarai menerusi e-Kasih di sekitar daerah ini semalam.

Sebagai simbolik, seramai enam peserta e-Kasih menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM500 menerusi inisiatif tersebut.

Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 kepada Safiah Binti Wan Hitam, 45, di Kampung Bakar Batu, di sini, semalam. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

YAB Menteri Besar berkata, PRE Ihsan Johor 3.0 bertujuan untuk memberi bantuan kepada mereka yang terjejas sepanjang menghadapi wabak pandemik COVID-19.

”Saya berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban kewangan penerima dan saya juga ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri johor sentiasa bersedia untuk membantu rakyat negeri ini menerusi pelbagai inisiatif selain daripada bantuan kewangan dalam waktu yang sukar ini,” katanya.

Hasni Mohammad menyerahkan cek replika Bayaran One-Off RM500 PRE Ihsan Johor sebanyak RM1. 791 juta untuk peserta e-Kasih bagi daerah Johor Bahru kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Abdul Rahman Salleh. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Dalam kunjungan ringkas itu, YAB Menteri Besar turut menyampaikan bantuan barangan makanan dan keperluan asas yang disumbangkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru dan Yayasan Bandaraya Johor Bahru.

Beliau turut menyempurnakan penyerahan cek replika Bayaran One-Off RM500 PRE Ihsan Johor 3.0 sebanyak RM1.791 juta untuk peserta e-Kasih bagi daerah Johor Bahru kepada Pegawai Daerah, Tuan Haji Abdul Rahman Salleh.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Zaiton Ismail, Datuk Bandar Johor Bahru, YB Dato’ Haji Adib Azhari Daud.

Pada masa yang sama, YAB Menteri Besar turut mengambil peluang bertanya khabar kepada penerima mengenai keadaan semasa mereka yang kini berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Penyampaian sumbangan dimulakan di kawasan Larkin, Kampung Bakar Batu, Permas Jaya sebelum berakhir di Taman Kota Puteri, Pasir Gudang.

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *