MBJ Ucap Tahniah Kepada Ismail, Hishamuddin

Hasni Mohammad ketika sidang media selepas menyerahkan Ventilator kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), semalam. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

JOHOR BAHRU, 7 Julai: Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Beliau yakin kedua-dua pemimpin daripada UMNO itu mampu mentadbir dan merealisasikan usaha kerajaan dengan jawatan baharu yang dipikul.

“Kerajaan Negeri Johor mengucapkan tahniah dan saya amat yakin tokoh pemimpin daripada UMNO ini mampu mentadbir dan menjayakan usaha kerajaan bukan hanya menangani isu Covid, tetapi juga keadaan ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin yang diumumkan, hari ini.

Terdahulu YAB Menteri Besar  menyerahkan tiga mesin ventilator sumbangan Kerajaan Negeri kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *