Johor Dijangka Masuk Fasa Dua Minggu Depan

Hasni Mohammad menyerahkan Ventilator kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), semalam. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

JOHOR BAHRU, 7 Julai: Johor dijangka akan memasuki fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang minggu depan.

Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad berkata, Kerajaan Negeri yakin boleh mencapai matlamat itu kerana  Johor kini telah memenuhi dua daripada tiga perimeter yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Minggu depan Fasa 2, ya minggu depan kita (program vaksinasi) akan memenuhi apa yang ditetapkan,” katanya.

Mesin Ventilator jenis Monnal T60 yang di serahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

Beliau berkata, Johor akan menerima tambahan 300,000 vaksin pada bulan ini dan jumlah itu menjadikan keseluruhan vaksin yang telah diterima sebanyak 1,294,732.

“Saya telah berhubung dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dimaklumkan bahawa kita akan dapat menerima bagi bulan Julai ini tambahan sebanyak 300,000 vaksin menjadikan jumlah vaksin bagi Johor bagi Julai ini 1,294,732 vaksin.

“Jadi, diharapkan keupayaan kita untuk menyuntik sehingga 50,000 sehari di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada ini akan dapat kita lakukan dengan teratur dan akan dapat berjalan dengan lancar.

“Setakat hari ini hampir 10 peratus (sudah divaksin). Jadi, kita ambil kira dalam bulan Julai ini dengan penambahan sebanyak 300,000 vaksin dan saya percaya kita akan menghampiri jangkaan kita di mana pada bulan Oktober, 80 peratus rakyat Johor telah mendapat vaksin,” katanya.

Mesin Ventilator jenis Monnal T60 yang di serahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan tiga unit mesin ventilator daripada Kerajaan Negeri kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Mesin ventilator itu disampaikan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu.

YAB Menteri Besar berkata, sebahagian vaksin yang diterima itu akan diberikan kepada mereka yang telah mendaftar untuk divaskinasi dalam program ImmuPlan.

“Ketika ini ImmuPlan sedang menyusun nama-nama tersebut untuk diseragamkan dengan MySejahtera serta mengenal pasti PPV bagi mereka yang layak menerima vaksin menerusi program ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB R. Vidyananthan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Mohd. Noh Ibrahim. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *