MBJ Lawat PPV Benut

Hasni Mohammad menyantuni Sadinah Karman,102 tahun, salah seorang penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Benut, di sini hari ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

BENUT, 1 Julai: Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Benut, hari ini.

PPV Benut dibuka bagi memberi perkhidmatan vaksinasi kepada penduduk di kawasan luar bandar, khususnya di Benut.

Hasni Mohammad melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Benut, di sini hari ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Mula dibuka hari ini, PPV Benut mampu memberi vaksinasi kepada 500 penerima sehari.

Dengan pembukaan PPV Benut, kini daerah Pontian mempunyai tiga PPV selain PPV Dewan Jubli Intan dan PPV Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nanas.

Hingga kini, Johor mempunyai 152 PPV.

Sekitar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Benut. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Hasni Mohammad menyerahkan replika cek berjumlah RM20 juta kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Mohd. Noh Ibrahim yang diumumkan beliau menerusi Pakej Rancangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 baru baru ini bagi membiayai perbelanjaan operasi semua PPV dan Sekatan Jalan Raya (SJR) di negeri ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Dalam lawatan tersebut, YAB Menteri Besar turut menyerahkan replika cek berjumlah RM20 juta kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Mohd. Noh Ibrahim yang diumumkan beliau menerusi Pakej Rancangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 baru baru ini bagi membiayai perbelanjaan operasi semua PPV dan Sekatan Jalan Raya (SJR) di negeri ini.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu; Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, Mohd. Tarmizi Dan; Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Mohd. Rafi Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian, Mohd. Ezzuddin Sanusi. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *