Tiga Inisiatif Kukuh Kewangan Tabung Bencana Negeri Johor

KOTA ISKANDAR, 10 Jun : Kerajaan Negeri akan melaksanakan tiga inisiatif bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan Tabung Bencana Negeri Johor.

Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad berkata, inisiaitif berkenaan antaranya termasuk sumbangan menerusi potongan gaji Menteri Besar dan barisan Exco selama tiga bulan bermula Julai hingga September 2021 yang berjumlah RM239,000.

Beliau berkata, penjawat awam negeri juga akan menyumbang kepada tabung berkenaan menerusi pengurangan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) yang akan bermula pada bulan Julai hingga September 2021 yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM170,000.

“Selain itu, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri juga akan memberi sumbangan yang dimulakan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) sebanyak RM252,000,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 secara langsung menerusi platform media sosial Facebook beliau, DatukHasniMohammad dan Makmur Johor, hari ini. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *