Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Khas Aidilfitri Minimum RM1,000

JOHOR BAHRU, 29 April: Kira-kira 15,000 penjawat awam negeri Johor bakal menerima Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad dalam sidang media selepas meninjau Program Pemberian Vaksin COVID-19 Fasa II di Dewan Muafakat Taman Adda, di sini hari ini.

“Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibuat pada hujung bulan ini,” katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB R. Vidyananthan; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr. Aman Rabu dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd. Noh Ibrahim. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *