JUITA Rai Anak Yatim, Golongan Asnaf Berbuka Puasa

JOHOR BAHRU, 25 April: Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (Juita) meraikan anak yatim, kanak-kanak kurang upaya dan golongan asnaf dalam majlis berbuka puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor di Saujana, di sini semalam.

Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Dipertua Juita, Yang Amat Dihormati (YAD), Datin Fazlina Omar dan ahli-ahli Juita.

Yang Amat Dihormati, Datin Fazlina Omar (dua dari kanan) menerima sumbangan baucar KFC daripada Yayasan Jcorp menurusi Pengurus Besar, Noor Ruzilawati (empat dari kanan) sambil disaksikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad (tiga dari kiri) semasa Majlis Berbuka puasa bersama Anak-anak Yatim, Kanak-kanak Kurang Upaya, Golongan Asnaf Negeri Johor dan NGO di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Saujana. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM
Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad dan Yang Amat Dihormati, Datin Fazlina Omar bergambar bersama ahli – ahli Badan Amal Tenaga Isteri Wakil – wakil Rakyat Johor (JUITA) pada Majlis Berbuka puasa bersama Anak-anak Yatim, Kanak-kanak Kurang Upaya, Golongan Asnaf Negeri Johor dan NGO di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Saujana. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

Yang turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Negeri Johor, Yang Dihormati (YDH) Datin Zalena Mohd. Ariffin dan Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Rejimen 501 (AW), Ir. Norzahamawatty Md. Desa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor, Muzairiah Baijuri dan Pengurus Besar Yayasan Johor Corporation (JCorp), Noor Ruzilawati Ruddin.

Sebelum berbuka puasa, turut diadakan penyerahan sumbangan baucar KFC daripada Yayasan JCorp kepada Juita.

Pada majlis itu, YAD Datin Fazlina yang juga isteri kepada YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni Mohammad turut beramah-mesra dan menyampaikan duit raya kepada anak yatim, kanak-kanak kurang upaya dan golongan asnaf yang diraikan. – Makmur Johor

 

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *