MBJ Sertai Program Singgah Sahur, Santuni Petugas Barisan Hadapan

Hasni Mohammad menyampaikan juadah untuk bersahur kepada Pengarah JBPM Negeri Johor, Datuk Yahya Madis ketika menyertai Program Singgah Sahur 2021 anjuran Kelab Media Johor (KMJ) bagi menyantuni petugas barisan hadapan awal pagi ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

 

JOHOR BAHRU, 24 April: Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni Mohammad menyertai Program Singgah Sahur 2021 anjuran Kelab Media Johor (KMJ) bagi menyantuni petugas barisan hadapan awal pagi ini.

Dalam program tersebut, YAB Menteri Besar bersama-sama ahli KMJ mengedarkan juadah bersahur kepada petugas barisan hadapan termasuk pasukan perubatan, bomba dan polis. 

Program yang bermula pukul 12.30 tengah malam itu melibatkan empat lokasi termasuk Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Stadium Tertutup Pasir Gudang. 

Selain itu, lokasi yang dilawati ialah Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Hasni Mohammad beramah mesra dengan petugas dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) semasa Program Singgah Sahur 2021 anjuran Kelab Media Johor (KMJ) bagi menyantuni petugas barisan hadapan awal pagi ini. – Foto Muhammad Razif Razali/MEDKOM

Hasni Mohammad bergambar bersama ahli Kelab Media Johor semasa menyertai Program Singgah Sahur 2021 anjuran Kelab Media Johor (KMJ) bagi menyantuni petugas barisan hadapan awal pagi ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan makanan kepada pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Hasni Mohammad (Dua dari kanan) menyerahkan sumbangan makanan kepada Pengarah PKRC Pasir Gudang, Dr. Mohd Fathi Zaki Mohd Zakaria di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Sumbangan pek makanan disalurkan oleh Yayasan Johor Corporation (JCorp) dan makanan ringan sumbangan KMJ diagih-agihkan kepada semua petugas di semua lokasi terlibat. 

Semasa di bilik gerakan Ibu pejabat JBPM Negeri Johor, YAB Menteri Besar turut bersempatan mengucapkan selamat bersahur kepada semua petugas JBPM di negeri ini. 

Dalam pada itu, Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak berkata, kesudian YAB Menteri Besar menyertai Program Singgah Sahur kali ini merupakan penghormatan terbesar kepada kelab berkenaan.

“Saya bersyukur kerana YAB Menteri Besar Johor sudi untuk menyertai program ini dari mula hingga selesai. 

“Saya berharap menerusi program ini dapat merapatkan ukhwah antara YAB Menteri Besar dan pengamal media,” katanya. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *