Kerajaan Negeri Taja ‘Rider Kit’ Bernilai RM16,000

Hasni Mohammad menyampaikan replika cek kepada wakil penunggang motosikal syarikat kurier Tapaw Group Sdn. Bhd. pada Program Berbuka Puasa dan Penyampaikan Sumbangan di Masjid Parit Haji Siraj, Kampung Kayu Ara Pasong, Pontian. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

PONTIAN, 23 April: Kerajaan Negeri Johor menerusi Pejabat Menteri Besar Johor menaja pendaftaran bagi 100 kit penunggang motosikal bagi syarikat kurier Tapaw Group Sdn. Bhd., bernilai RM16,000. 

Penyaluran bantuan itu bagi membantu rakyat di sekitar kawasan ini yang terjejas akibat COVID-19 bagi mendapatkan bekalan makanan selain membantu industri kecil dan sederhana (IKS) setempat mengembangkan perniagaan. 

Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan tersebut pada Program Berbuka Puasa dan Penyampaikan Sumbangan di Masjid Parit Haji Siraj, Kampung Kayu Ara Pasong, di sini hari ini. 

Hasni Mohammad memakaikan ‘Rider Kit’ kepada salah seorang penunggang motosikal bagi syarikat kurier Tapaw Group Sdn. Bhd.– Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Penunggang motosikal syarikat kurier Tapaw Group Sdn. Bhd. bergambar bersama replika cek pada Program Berbuka Puasa dan Penyampaikan Sumbangan di Masjid Parit Haji Siraj, Kampung Kayu Ara Pasong, Pontian.
Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid dan surau di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang.– Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Terdahulu, turut berlangsung ialah penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang. 

Antara masjid dan surau yang menerima sumbangan ialah Masjid Parit Panjang, Masjid Parit Siraj, Surau Nurul Hikmah dan Surau Haji Mansur dan Parit Haji Sikom. 

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor (JPNJ), Mohammed Iqbal Ibrahim dan Penghulu Mukim Api-Api, Mohd. Afiq Selamat. 

Pada masa yang sama, turut berlangsung ialah Majlis Pelancaran Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS).

KOMTIS merupakan program komuniti setempat yang bergotong-royong menyediakan dan mengedarkan bubur lambuk antara Jabatan Penerangan Negeri Johor (JPNJ) dan penduduk kampung. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *