MBJ Sampaikan Sumbangan Bakul Makanan

Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Mohd Harun Bin Ibrahim, 35, pada Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar di Surau Al Hadra, Kampung Parit Abdul Rahman, Benut Pontian. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

 

PONTIAN, 18 April: Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan Bakul Makanan kepada lima penerima di Surau Al Hadra, Kampung Parit Abdul Rahman, Benut dekat sini.

Sumbangan tersebut disampaikan pada program Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Johor di daerah Pontian, hari ini.

Penerima adalah antara kira-kira 4,000 golongan asnaf yang menerima sumbangan program Bakul Makanan di negeri ini.

Seorang penerima, Mohd. Harun Ibrahim, 35, mengakui sumbangan berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarganya.

“Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan untuk sumbangan ini. Sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan kami sekeluarga,” katanya.

Selepas berbuka, YAB Menteri Besar turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih di surau berkenaan.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Mohd. Rafi Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian, Mohd. Ezzuddin Sanusi.- Makmur Johor

Hasni Mohammad menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan solat sunat Terawih di Surau Al Hadra, Kampung Parit Abdul Rahman, Benut Pontian. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Hasni Mohammad ketika hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Hadra, Kampung Parit Abdul Rahman, Benut Pontian. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *