MBJ Buka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri Dan Persekutuan

Hasni Mohammad berbuka puasa bersama kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri, badan berkanun dan syarikat Kerajaan Negeri pada Majlis Berbuka Puasa dan Khatam al-Quran di kediaman rasmi di Saujana di sini, hari ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

 

JOHOR BAHRU, 19 April: Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad berbuka puasa bersama kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri, badan berkanun dan syarikat Kerjaan Negeri pada Majlis Berbuka Puasa dan Khatam al-Quran di kediaman rasmi di Saujana di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Azmi Rohani; Speaker Dewan Negeri, YB Suhaizan Kayat, barisan Exco Kerajaan Negeri dan barisan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Hasni Mohammad berbuka puasa bersama kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri, badan berkanun dan syarikat Kerajaan Negeri pada Majlis Berbuka Puasa dan Khatam al-Quran di kediaman rasmi di Saujana di sini, hari ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Selesai majlis Khatam al-Quran, tetamu mengikuti tazkirah Ramadan yang disampaikan Kadi Besar Johor, Tuan Haji Khalid Sono sebelum menikmati juadah berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Majlis Berbuka Puasa dan Khatam al-Quran menjadi acara tradisi yang dianjurkan setiap tahun di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor sebagai menghayati bulan Ramadan.

Berbanding penganjuran majlis seumpamanya pada tahun-tahun sebelum ini, majlis kali ini diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.

Hasni Mohammad menunaikan solat Maghrib pada Majlis Berbuka Puasa dan Khatam al-Quran di kediaman rasmi di Saujana di sini, hari ini. -Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Kadi Besar Johor, Tuan Haji Khalid Sono menyampaikan tazkirah Ramadan sebelum menikmati juadah berbuka puasa pada Majlis Berbuka Puasa dan Khatam al-Quran di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana di sini, hari ini. -Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Proses sanitasi dilakukan sebelum Majlis Berbuka Puasa dan Khatam al-Quran bagi mengekang penularan Covid-19. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Antara langkah yang diambil ialah jumlah kehadiran tetamu hanya kira-kira satu pertiga daripada jumlah kehadiran tahun-tahun sebelumnya, penggunaan pelitup muka dan melakukan pengesahan kehadiran menerusi aplikasi MySejahtera.

Turut dipraktikkan ialah  pengesanan suhu badan dan penjarakan fizikal. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *