Lawatan MBJ Ke Gugusan Pulau Mersing

 
Hasni Mohammad meninjau projek pembinaan Pusat Informasi dan Perkhidmatan Sultan Iskandar (PIPTLSI) di Pulau Besar, Mersing. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

MERSING, 14 April: Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad mengadakan lawatan ke gugusan pulau di daerah Mersing pada 9 dan 10 April lalu.

Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau perkembangan serta kemajuan di sekitar gugusan pulau tersebut sambil berjumpa dan beramah-mesra dengan penduduk setempat.

Semasa lawatan tersebut, YAB Menteri Besar meluangkan masa meninjau projek pembinaan Pusat Informasi dan Perkhidmatan Sultan Iskandar (PIPTLSI) di Pulau Besar, di sini.

PIPTLSI merupakan pusat sehenti yang bakal dijadikan sebagai pusat informasi untuk para pelancong yang datang ke gugusan pulau di sekitar daerah Mersing.

Selain itu, PIPTLSI juga akan beroperasi seperti Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang menempatkan pejabat pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan Pejabat Majlis Daerah Mersing.

PIPTLSI  merupakan projek di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor.

Hasni Mohammad meninjau projek pembinaan PIPTLSI di Pulau Besar, Mersing. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Pada lawatan itu, YAB Menteri Besar turut berkesempatan menyampaikan sumbangan termasuk Bantuan Kewangan e-Kasih Johor di bawah Agenda Johor Berkebajikan bagi daerah Mersing.

Sebagai simbolik, seramai sembilan penerima yang terdiri daripada penduduk Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi dan Kampung Busung di Pulau Besar menerima wang tunai RM300 menerusi bantuan tersebut.

Hasni Mohammad menyampaikan sumbagan e-Kasih di bawah Agenda Johor Berkebajikan kepada penerima di Pulau Tinggi dan Pulau Besar, Mersing. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

YAB Menteri Besar kemudian menyampaikan sumbangan Majlis Yayasan Makmur Mersing kepada seramai sepuluh pelajar sebanyak RM100 dan beg sekolah.

Selain itu, Yayasan Makmur Mersing turut menyampaikan sumbangan kurma kepada seluruh penduduk pulau.

Sumbangan lain ialah Geran Pembangunan Buah-buahan Jangka Panjang dan Input Program Pertanian Komuniti oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor (JPNJ) turut disampaikan kepada penduduk setempat di Pulau tersebut.

Pada lawatan di Pulau Besar, YAB Menteri Besar turut sempat menanam pokok Mersinga sebagai simbolik Kempen Penanaman 100 juta pokok di bawah Program Penghijauan Malaysia.

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *