PPK Perlu Manfaat Peruntukan, Pastikan Jana Pulangan Berbaloi

Hasni Mohammad ketika melawat gerai jualan pada Majlis Pelancaran Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian Bersama All Cosmos Industries Program Mentor Mentee di Kampung Parit Haji Adnan, Benut Pontian – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

PONTIAN, 14 Mac: Kerajaan Negeri Johor berharap peruntukan yang disalurkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negeri ini untuk mengembangkan sektor pertanian mampu memberi pulangan memberangsangkan, khususnya bagi golongan petani.

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad berkata, bantuan yang disalurkan perlu dimanfaatkan dengan baik bagi memastikan hasil yang diperoleh membawa keuntungan kepada mereka.

”Kerajaan Negeri Johor telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada dua PPK di negeri ini, iaitu PPK Benut dan PPK Kluang. Saya berharap, daripada jumlah yang disalurkan ini, PPK dan jabatan terlibat dapat menjana pulangan yang berbaloi.

”Kita tidak mahu tiada sebarang perkembangan yang dapat dibuat dengan peruntukan yang telah disalurkan ini,” katanya semasa melancarkan Program Mentor Mantee Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian Bersama All Cosmos Industries di Parit Dahlan, Benut, di sini hari ini.

YAB Datuk Haji Hasni Mohammad melawat gerai jualan Pisang Raja Udang pada Majlis Pelancaran Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian Bersama All Cosmos Industries Program Mentor Mentee di Kampung Parit Haji Adnan, Benut Pontian. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

YAB Datuk Hasni Mohammad melawat gerai jualan pada Majlis Pelancaran Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian Bersama All Cosmos Industries Program Mentor Mentee di Kampung Parit Haji Adnan, Benut Pontian. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

Hasni Mohammad (tengah) menyampaikan replika cek peruntukan kerajaan negeri bagi PPK Kawasan Kluang dan Benut diwakili Pengerusi PPK Benut Sarkawi Banjar (dua dari kiri) dan Ahli Jemaah Pengarah PPK Kluang Ali Surip (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian Bersama All Cosmos Industries Program Mentor Mentee di Kampung Parit Haji Adnan, Benut Pontian. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM
Hasni Mohammad (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek oleh Ketua Pegawai Eksekutif All Cosmos Industries Datuk Tony Peng (dua dari kiri) kepada Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Peladangan Agrochemical Trading Sdn Bhd Mohd Ismail Roslan (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian Bersama All Cosmos Industries Program Mentor Mentee di Kampung Parit Haji Adnan, Benut Pontian. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM
Hasni Mohammad (belakang tengah) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara All Cosmos Industries diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Tony Peng (depan dua dari kiri) dengan Pertubuhan Peladang diwakil Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Peladangan Agrochemical Trading Sdn Bhd Mohd Ismail Roslan (depan dua dari kanan), di sini, hari ini. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Datuk Samsolbari Jamali; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Dato’ Sawaluddin Ahmad; Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Tuan Haji Omar Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif All Cosmos Industries, Dato’ Tony Peng.

Terdahulu, YAB Menteri Besar menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara All Cosmos Industries dan Peladang Agrochemical Trading Sdn. Bhd., bagi penghasilan baja bio kimia.

Program Mentor Mantee tersebut bertujuan meningkatkan hasil dan pendapatan golongan petani, sekali gus memberi jaminan terhadap bekalan makanan yang berterusan di negeri ini.

Program berkenaan juga untuk menguji keberkesanan pengunaan baja Real Strong terhadap tumbesaran dan hasil tanaman bagi 29 peserta yang terdiri daripada ahli PPK di bawah seliaan Peladang Daerah Pontian dan Kluang.

Dalam pada masa yang sama, YAB Menteri Besar Johor turut berkesempatan melawat ke Peladang Biz Centre PPK Benut yang menjadi hab pengumpulan hasil pertanian daripada ahli-ahli peladang di sekitar Benut dalam usaha menyediakan khidmat jualan terus kepada pengguna. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *