‘Terima Kasih Kerajaan Johor’

YAB Datuk Haji Hasni Mohammad (tengah) bergambar bersama penerima bantuan tunai Agenda Johor Berkebajikan (Belanjawan 2021) di Kota Iskandar. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

KOTA ISKANDAR, 10 Mac: Pemandu teksi, bas sekolah, e-hailing dan penghantar makanan berdaftar di negeri ini bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri Johor yang memberi bantuan tunai secara one-off bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pengarah Urusan Pemandu Teksi Johor Bahru- Singapura Sdn. Bhd.,  Ahmad Osman berkata, pihaknya merupakan golongan yang paling terjejas akibat pandemik COVID-19  kerana ketiadaan penumpang akibat penutupan sempadan Johor-Singapura.

“Sejak Mac tahun lalu kami langsung tiada pendapatan kerana tidak boleh mengambil dan menghantar penumpang akibat penutupan sempadan.

“Terima kasih Kerajaan Negeri Johor, khususnya YAB Menteri Besar dan semua pihak yang prihatin terhadap nasib kami. Kami berharap pandemik ini akan segera berakhir supaya kami boleh meneruskan kelangsungan hidup seperti sebelum ini,” katanya.

Mohd Abdul Rahman Arif menunjukkan replika cek selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tunai Agenda Johor Berkebajikan (Belanjawan 2021) di Kota Iskandar. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM
Dr. Muruga Malai menunjukkan isyarat bagus selepas menerima replika cek berjumlah RM 500 pada Majlis Penyerahan Bantuan Tunai Agenda Johor Berkebajikan (Belanjawan 2021) di kota Iskandar.

Pemandu bas sekolah, Muruga A/L Malai turut mengakui bantuan itu amat bermakna bagi golongan sepertinya kerana dalam tempoh setahun, ramai antara mereka yang hilang punca pendapatan akibat penutupan sekolah.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mendengar keluhan kami pengusaha-pengusaha bas sekolah dengan memberi bantuan ini,” katanya.

Penghantar makanan Bungkus It, Azly Sham Azman juga mengakuj bantuan itu sedikit sebanyak membantu golongan seperti mereka.

“Dengan bantuan ini, sekurang-kurangnya ia boleh menampung kos baik pulih motosikal yang digunakan untuk menghantar makanan,” katanya. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *