MBJ Sampaikan Bantuan Agenda Johor Berkebajikan

Penerima bergambar bersama replika cek pemberian baucar RM3000 Rumah Mampu Biaya Johor selepas penyerahan bantuan kewangan di bawah Agenda Johor Berkebajikan yang dibentangkan dalam Belanjawan Johor 2021, Kota Iskandar, di sini hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

KOTA ISKANDAR, 3  Mac: Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad menyampaikan bantuan kewangan di bawah Agenda Johor Berkebajikan yang dibentangkan dalam Belanjawan Johor 2021, di sini hari ini.

Bantuan tersebut merangkumi tiga kategori, iaitu sebanyak RM500 secara one-off kepada penyewa premis, pasar awam, peniaga pasar malam dan penjaja yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain itu, beliau turut menyampaikan baucar sebanyak RM3,000 secara one-off kepada pembeli Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) 2021 dan pemberian tunai sebanyak RM150 kepada mahasiswa anak Johor daripada keluarga kumpulan B40.

Bagi bantuan kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada penyewa premis, pasar awam, peniaga pasar malam dan penjaja, sebanyak RM9.29 juta disediakan yang memberi manfaat kepada seramai 18,590 pemegang lesen.

Pemberian tunai sebanyak RM150 kepada mahasiswa anak Johor pula melibatkan 35,000 penuntut dengan kos keseluruhan RM5.25 juta.

Datuk Hasni Mohammad beramah mesra bersama salah seorang penerima Bantuan Mahasiswa Johor B40, Lim Jia Xin, 23, di Kota Iskandar, di sini hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Penerima pemberian RM150 bantuan one-off mahasiswa Johor B40 bergambar bersama replika cek masing-masing di Kota Iskandar, di sini hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Penerima bantuan kewangan one-off RM500 kategori peniaga yang berdaftar dengan PBT Johor bergambar bersama replika cek masing-masing selepas majlis penyerahan bantuan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Kota Iskandar, di sini hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Haji Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Tuan Haji Mazlan Bujang dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, YB Tuan Haji Ayub Jamil. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *