MBJ Sampaikan Cek Bantuan e-Kasih

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad (dua dari kiri) menyerahkan Bantuan Kewangan eKasih kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Haji Abdul Rahman Salleh (dua dari kanan) di Pejabat Menteri Besar – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

KOTA ISKANDAR, 24 Februari: Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad hari ini menyerahkan replika cek Bantuan Kewangan eKasih bernilai RM13.2 juta.

Cek tersebut disampaikan kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Abdul Rahman Salleh yang mewakili semua daerah di negeri ini.

Bantuan berkenaan akan diserahkan kepada 22,002 penerima yang berdaftar dan disahkan dalam sistem e-Kasih di bawah Pejabat Pembangunan Negeri Johor, Jabatan Perdana Menteri hingga 31 Januari 2021.

Penerima bantuan akan mendapat bayaran tunai RM300 yang dibuat dalam dua fasa.

Bayaran pertama dijangka dibuat pada Mac ini.

Bantuan itu dilaksanakan di bawah Agenda Johor Berkebajikan yang dibentangkan dalam Belanjawan Johor 2021. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *