Johor Salur RM20.5 Juta Bantuan Persekolahan

Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

KOTA ISKANDAR, 17 Februari: Kerajaan Negeri Johor melaksanakan Agenda Johor Berkebajikan yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2021 apabila menyalurkan peruntukan sebanyak RM20.5 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Daripada jumlah tersebut, lebih 200,000 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada keluarga berpendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 yang layak di negeri ini akan menerima bantuan one-off sebanyak RM100.

Replika cek peruntukan itu disampaikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad kepada Pengarah JPNJ, Tuan Haji Shaharuddin Saari di Pejabat Menteri Besar Johor, di sini.

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad (tengah) menyerahkan replika cek Bantuan Awal Persekolahan Johor RM100 sebanyak RM20.500,600.00 kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor JPNJ, Haji Shaharuddin Saari di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar di sini, hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad bergambar bersama pegawai tertinggi Kerajaan Negeri Johor dan penerima bantuan di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar di sini, hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad (kanan) menyerahkan Bantuan Awal Persekolahan Johor RM100 kepada murid Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 (STAR 2), iaitu Muhammad Izzudin Hairul, 12, di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar di sini, hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad (kanan) menyerahkan Bantuan Awal Persekolahan Johor RM100 kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Kulai Oil Palm, P. Illavan, 11, di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar di sini, hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Tuan Haji Mazlan Bujang dan Pengurus Besar YPJ, Tuan Haji Mahadon Marnin.

Dalam pada itu, Tuan Haji Shaharuddin mengucapkan terima kasih atas pemberian bantuan yang sememangnya dapat membantu ibu bapa untuk membeli barangan kelengkapan persekolahan bagi anak-anak mereka.

”Penyaluran bantuan ini akan ditentukan oleh pihak sekolah masing-masing sama ada mahu memanggil ibu bapa untuk mengambil bantuan tersebut secara tunai atau memasukkan ke dalam akaun ibu bapa pelajar,” katanya. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *