Kem PLKN Sri Ledang Dicadang Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad ketika mengadakan sidang media secara maya bersama pengamal media di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Saujana, di sini hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

JOHOR BAHRU, 31 Januari: Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang yang terletak di Tangkak dicadangkan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di negeri ini.

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad berkata, cadangan Kem PLKN Sri Ledang diumumkan sebagai PKRC ekoran peningkatan kes COVID-19 di negeri ini sejak akhir-akhir ini.

“Kem PLKN Sri Ledang dicadangkan untuk dijadikan PKRC selain Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang telah diputuskan sebagai PKRC.

“Hingga kini, PKRC pasir gudang yang mampu memuatkan 1,200 katil akan dibuka dan akan turut dilengkapi CAC (Covid Assessment Centre),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar secara maya di kediaman rasminya di Saujana, di sini hari ini.

Beliau menambah, kini Johor bersedia dengan sembilan buah hospital kerajaan dan swasta bagi merawat pesakit COVID-19. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *