TNB Bayar Zakat Perniagaan RM2.12 Juta, Sumbangan RM250,000

Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

KOTA ISKANDAR, 10 Januari: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,124,644.48 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), di sini hari ini.

Pada majlis ringkas itu, TNB turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM250,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor.

Sumbangan zakat perniagaan dan sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi TNB, Dato’ Seri Mahdzir Khalid kepada Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menerima serahan replika cek zakat perniagaan daripada Pengerusi TNB, Dato’ Seri Mahdzir Khalid bernilai RM2,124,644.48 dan disaksikan oleh EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Tosrin Jarvanthi – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Pada majlis tersebut, akad zakat perniagaan dibaca oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Haji Tosrin Jarvanthi.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Tosrin Jarvanthi (tiga dari kanan) mengetuai bacaan akad zakat perniagaan selepas selesai majlis sumbangan zakat perniagaan dan sumbangan Tabung Bencana Banjir di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, di sini, hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Sebelum majlis penyerahan zakat dan sumbangan, Dato’ Seri Mahdzir mengadakan pertemuan ringkas dengan YAB Menteri Besar sebelum makan tengah hari di Pejabat Menteri Besar Johor, di sini.  – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *