Guru Agama Diminta Bantu Sampaikan Maklumat Sahih

Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

PONTIAN, 24 Disember: Persatuan guru-guru agama di negeri ini diminta membantu kerajaan menyalurkan maklumat yang sahih kepada masyarakat.

YAB Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad berkata, guru-guru agama merupakan golongan yang dihormati dan dipercayai masyarakat, sekali gus memudahkan penerimaan rakyat terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan.

Beliau berkata, persatuan berkenaan juga boleh menjadi pusat sumber untuk menyampaikan segala dasar dan perancangan kerajaan kepada masyarakat secara holisitik.

“Peranan guru agama menerusi persatuannya harus dipertingkatkan, menjadi platform supaya pengetahuan dan maklumat yang betul dan tepat dapat disampaikan kepada masyarakat.

“Mungkin agaknya dengan persatuan guru-guru agama ini masyarakt lebih percaya dan yakin. Tidak mungkin ustaz, ustazah hendak cakap sembarangan, hendak menyampaikan maklumat tanpa bertanggungjawab.

“Banyak maklumat ditapis, disiasat terlebih dahulu sebelum dikongsikan dengan masyarakat,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Guru Agama (PERSAGA) Daerah Pontian Ke-5 di Rumah Citra Sri Pinang, di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menerima cenderahati selepas merasmikan Mesyuarat PERSAGA daerah Pontian yang ke-5 di Rumah Cinta Pinang, Benut, Pontian, di sini, hari ini – Foto Muhammad Razif Razali

YAB Menteri Besar turut menyarankan supaya PERSAGA membangunkan data bagi menyimpan maklumat-maklumat penting yang boleh membantu kerajaan membangunkan dasar-dasar berkaitan.

“Bangunkan data yang lengkap kerana kerajaan akan merusmuskan dasar, membuat polisi berdasarkan data-data yang ada, bukan agak-agak sahaja. Kita perlu membuat dasar berpandukan data-data yang lengkap, yang boleh kita bangunkan.

“Persatuanlah yang ada data. Jadi, simpan rekod atas talian secara digital supaya kerajaan boleh kongsikan,” katanya.

Pada Majlis itu, YAB Menteri Besar turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM20,000 bagi tabung khairat persatuan berkenaan. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *