RM30 Juta Untuk Golongan Rentan Johor

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbual dengan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad sebelum Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

KOTA ISKANDAR, 6 Disember: Kerajaan Negeri Johor menerima peruntukan sebanyak RM30 juta yang dikhaskan kepada golongan rentan akibat pandemik COVID-19.

Berita baik itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-14, di sini hari ini.

Beliau berkata, peruntukan itu dimaklumkan hari ini kepadanya oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir.

Berdasarkan United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), golongan rentan atau ‘vulnerable groups’ terdiri daripada wanita, warga emas, orang kurang upaya (OKU), orang  miskin, belia, pelarian atau imigran. – Makmur Johor

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *