Belanjawan Johor 2021 Diluluskan Sebulat Suara

Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

KOTA ISKANDAR, 6 Disember: Persidangan Dewan Negeri (DUN) Johor sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021 dengan anggaran jumlah perbelanjaan RM1.857 bilion dalam mendepani wabak COVID-19.

Keputusan itu sekali gus menepis desas-desus bahawa Persidangan Dewan Negeri Johor hari ini akan berlaku kekecohan susulan perkembangan politik semasa, khususnya di Perak.

YAB Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad membentangkan Belanjawan Johor 2021 dengan tema ‘Berdaya Tahan Demi Kemakmuran’ pada 26 November lalu.

Belanjawan Johor 2021 menggariskan 12 agenda utama iaitu Johor Tani, Johor Digital, Johor Niaga, Prasarana Johor, Governans Johor, Majestic Johor, Masyarakat Desa Johor, Orang Muda Johor, Johor Madani, Johor Prihatin dan Johor Berkebajikan.

Belanjawan 2021 Johor mengalami defisit sebanyak RM248.14 juta, berikutan unjuran hasil negeri adalah sebanyak RM1.609 bilion manakala unjuran perbelanjaan pula berjumlah RM1.857 bilion. – Makmur Joho

This post was published by makmurjohor.com


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *