Berdaya Tahan Demi Kemakmuran

Petang tadi, saya diberi kesempatan untuk menyampaikan surat penghargaan daripada Kerajaan Negeri kepada pegawai kanan dan rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor.

Ia adalah sebahagian kecil sumbangan dan pengiktirafan kerajaan negeri kepada Polis Johor yang telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan membanteras jenayah dan memastikan negeri ini terus kekal aman.

blog-07-min

Saya dimaklumkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika taklimat dengan beliau bahawa indeks jenayah di negeri ini semakin terkawal.Tahniah kepada Polis Johor di atas kejayaan itu. Semoga ia sedikit sebanyak dapat mendorong anggota Polis Johor untuk terus berkhidmat dengan cemerlang bagi rakyat dan negeri Johor.


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *