Program Imunisasi Covid-19

Alhamdulillah, selesai menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor pagi tadi di Pusat Pemberian Vaksin Johor Bahru di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda.

Terima kasih kepada Ketua Jururawat Pejabat Kesihatan Johor Bahru, Puan Badariah Mohd. Khalid yang melakukan proses suntikan vaksin ke atas saya. Turut menerima suntikan vaksin ialah ketua-ketua jabatan pelbagai agensi barisan hadapan termasuk Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Datuk Yahaya Madis.


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *