Agenda Johor Berkebajikan

Pagi tadi saya berkesempatan menyampaikan replika cek bantuan kewangan di bawah Agenda Johor Berkebajikan yang dibentangkan dalam Belanjawan Johor 2021.
Bantuan tersebut merangkumi tiga kategori, iaitu sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada penyewa premis, pasar awam, peniaga pasar malam dan penjaja yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT). Baucar sebanyak RM3,000 secara ‘one-off’ kepada pembeli Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) 2021 dan pemberian tunai sebanyak RM150 kepada mahasiswa anak Johor daripada keluarga kumpulan B40.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Tuan Haji Mazlan Bujang dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, YB Tuan Haji Ayub Jamil.
Insya-Allah, bantuan kewangan ini akan disalurkan kepada para penerima menerusi jabatan atau agensi pelaksana bermula bulan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *